Fuh Gempak Player

15 May 2014

‘Melembutkan’ muzik rock

Persembahan mereka sentiasa dinantikan. Tidak kira kecil atau besar, tua atau muda, Wings tetap menjadi idola peminat setia mereka.Selepas hampir 28 tahun ditubuhkan, Wings buat pertama kali bakal tampil dengan konsertunplugged atau akustik yang dinamakan Versi Tanpa Distortion di Pusat Konvensyen AntarabangsaPutrajaya (PICC) pada 8 Jun depan bermula jam 8.45 malam.
Walaupun persembahan unplugged menjadi fenomena pada era 1990-an dengan artis seperti Nirvana, Alice In Chains, Eric Clapton, Tesla, Bryan Adams serta artis tempatan seperti Search, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Slam dan Butterfingers, baru kini Wings berpeluang melakukannya. 

Menyedari perkara itu, Wings yang dianggotai Awie (vokal), Joe (gitar), Black (drum) dan Eddie (bass) mempunyai alasan mereka sendiri.
Foto
ANGGOTA asal Wings tetap bersatu.

“Sejak dulu ia sudah ada cuma ada sesetengah band rock itu tidak berkesempatan melakukannya. Seperti Wings sendiri, sejak dulu kami sudah berniat mengubah sedikit genre rock ini namun kini baru berpeluang.


No comments:

Post a Comment