Fuh Gempak Player

15 May 2014

Shiha tak lagi canggung

Melihat penampilan Shiha, 27, kini ia nyata jauh berbeza berbanding kemunculannya sebagai protege penyanyi malar segar, Datuk Sharifah Ani ketika menyertai Mentor musim kelima.
Jika dulu penampilannya ‘canggung’, sekarang Shiha dilihat tidak lagi kekok berfesyen. Perkara initurut disedari peminat menerusi laman sosial Instagram apabila penyanyi yang dibesarkan dan dilahirkan di Pulau Pinang itu sering memuat naik gambarnya bergaya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 
Rambut siap dikepuk, berbaju lengan pendek melekap tubuh dan berseluar sendat dilengkapi kasut tumit tinggi dan beg gaya terkini. Perubahan itu benar-benar membawa perubahan pada Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir. 

Shiha yang kini bergelar pelakon dan pengacara dilihat sangat menjaga penampilan apabila sering ke gimnasium. Perkara itu menimbulkan rasa pelik kerana tubuhnya sebelum ini memang langsing dan cantik.
Foto

Malah, ada yang mengatakan Shiha pandai melawa dan sering bersenam kerana mahu nampak cantik apabila bersanding di pelamin nanti. Apakah Shiha akan menempuh hari bahagianya tidak lamalagi?

No comments:

Post a Comment