Fuh Gempak Player

15 May 2014

Terbongkar jua...

Kuala Lumpur: Taktik sindiket penyeludup minyak diesel yang menggunakan rumah ibadat sebagai tempat menyimpan sementara untuk mengaburi pihak berkuasa gagal selepas diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya dalam Ops Titik di Putra Height, Shah Alam semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, sebanyak 27,800 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM55,600 dirampas di sebuah kuil yang dipercayai digunakan sebagai lokasi penyimpanan sementara.
Timbalan Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Putrajaya Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan dilakukan berdasarkan aduan dan risikan pihaknya selama tiga minggu.

Katanya, modus operandi yang digunakan sindiket itu akan membeli minyak diesel dari stesen minyak di sekitar Lembah Klang sebelum disimpan di rumah ibadat berkenaan.
Foto
SEORANG lelaki dipercayai penjaga premis melihat dari jauh anggota penguat kuasa menjalankan tugas.

“Selepas kuantiti minyak diesel mencukupi, sebuah lori tangki akan mengambil minyak berkenaan untuk dihantar ke Johor.

No comments:

Post a Comment