Fuh Gempak Player

27 Apr 2014

17 tahun di katil

Kepala Batas: Ketika rakan sebaya sudah berkeluarga dan mempunyai anak, seorang wanita Haliza Abdul Wahab, 43, hanya terlantar di tempat tidur sejak 17 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.
Walaupun perit kerana terpaksa bergantung pada orang lain untuk menguruskan keperluan diri namun itulah hakikat yang terpaksa diterima bekas jururawat berkenaan yang menetap di Bumbung Lima, dekat sini.
Selain bapa Abdul Wahab Hashim, 71, yang uzur dan menghidap pelbagai penyakit, Haliza anak kedua daripada empat beradik terpaksa bergantung kepada pembantu rumah untuk menguruskan keperluan diri serta memapahnya setiap kali ke Hospital Kepala Batas (HKB) dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan.

Dia kini bergantung bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan selain pencen sebagai jururawat RM300 sebulan, namun tidak mencukupi kerana keperluannya mencecah RM2,000 sebulan membeli ubat, kos ke hospital serta gaji pembantu rumah.
Foto
REEZAL Merican (tengah) melihat keadaan Haliza yang terlantar akibat kemalangan.

Menurut Haliza, dia terbabit kemalangan dengan sebuah van ketika menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di Hospital Pulau Pangkor, Perak ketika berusia 26 tahun.

No comments:

Post a Comment