Fuh Gempak Player

27 Apr 2014

Aidit wajah HIMbyHatta

Pencarian duta sempena kempen pakaian lelaki HIMbyHatta sudah pun menemui sang juaranya apabila malam Sabtu lalu, Ahmad Aidit Noh, 21, atau Aidit diumum sebagai pemenang.
Kejayaan manis itu dilakar penuntut jurusan Kejuruteraan Pesawat di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) pada malam pencarian akhir HIMbyHatta yang berlangsung di bilik pameran kenderaan mewah Mini Cooper di Bangsar, Kuala Lumpur. 
Bertemakan ‘Bad Boy’, pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat selaku pencetus dan pemilik HIMbyHatta tidak hanya memperkenalkan 10 daripada 15 finalis yang layak ke peringkat akhir itu, bahkan turut memperkenalkan 24 koleksi yang mengujakan dan ‘trendy’ edisi sulung jenama berkenaan. 

Kejayaan Aidit sekali gus membolehkannya membawa pulang wang tunai RM3,000 serta hadiah sampingan yang cukup lumayan iaitu tiket penerbangan tajaan AirAsia ke Adelaide, kad keahlian Celebrity Fitness, set penjagaan kulit Dermalogica, sepasang sepatu Dr Martens, biasiswa dari City U bernilai RM40,000, plak dan bingkai bergambar.
Foto
AIDIT (tengah) diapit naib juara, Muhammad Joharee (kiri) dan pemenang tempat ketiga Asyraf Ali.

Selain itu, dalam masa terdekat ini, Aidit akan terbabit di dalam satu sesi fotografi khas bagi mempromosikan koleksi HIMbyHatta.

Tempat kedua pula disandang Muhammad Joharee Johari, 24, yang menerima wang tunai RM2,000 dan tiket penerbangan tajaan AirAsia ke Bali, manakala tempat ketiga menjadi milik Asyraf Aley, 24. Pemuda dengan karakter pemalu itu membawa pulang RM1,000 serta tiket penerbangan tajaan AirAsia ke Hong Kong. 

Hadiah sampingan lain turut diterima Joharee dan Asyraf berupa kad keahlian Celebrity Fitness, set penjagaan kulit Dermalogica, sepasang sepatu Dr Martens, biasiswa dari City U bernilai RM40,000, plak dan bingkai bergambar. 

Malam final itu turut mencipta sejarah tersendiri buat peserta paling tinggi dengan ketinggian 184 sentimeter iaitu Mohd Fadhli Mohd Saleh, 24, apabila memenangi dua anugerah khas iaitu Gambar Terbaik dan ‘Most Promising’. 

Peserta kegemaran ramai yang disebut-sebut mampu bergelar juara HIMbyHatta iaitu Pipi Razi atau nama sebanarnya, Mohd Norafifi Mohd Razi, 26, hanya mampu berpuas hati dengan anugerah khas dimenanginya iaitu HIM Pilihan InTrend di mana pemuda itu akan ditampilkan khas menerusi ruangan majalah fesyen berkenaan sempena isu akan datang. 

Tuah malam itu juga memihak kepada petugas AirAsia, Muhammad Rahman Ramli, 29 atau Aman yang mengungguli kategori HIMbyHatta Social Media Most Favourite. 

Kesemua pemenang kategori khas ini membawa pulang bingkai bergambar, plak dan kaca mata tajaan Modern Retro. 

Sementara itu. pemenang sagu hati ialah Piere, 25, Muhammad Anis Sabri, 26, Rahmat Aidil Maula, 20, dan Megat Zarul Ikram, 22. 

Bercerita mengenai konsep yang diketengahkan HIMbyHatta, Hatta berkata, ia mengangkat ‘fesyen jalanan’ namun bersesuaian untuk ke acara majlis yang glamor. 

Antara koleksi pakaian yang ditawarkan adalah singlet, ‘sweater’, ‘jumper’, kemeja-T, seluar ‘draping’ dan ‘hareem’. Hitam dan seleksi warna seangkatannya seperti hitam ‘monochrome’ dan biru gelap menjadi warna asas dalam rekaan HIMbyHatta. 

Dijual serendah RM60 hingga RM300, bagi pelanggan yang ingin tampil eksklusif, HIMbyHatta ada menyediakan ‘glam bikers jacket’ diperbuat daripada pelbagai jenis kulit asli. 

“Melalui jenama HIMbyHatta ini, saya menampilkan rekaan pakaian yang boleh dipakai sehari-hari, tetapi ia juga bersesuaian digayakan di acara glamour. 

“Kenapa kali ini saya memilih untuk tampil dengan koleksi pakaian lelaki, ini kerana saya sudah puas mereka pakaian wanita dan untuk menghasilkan pakaian lelaki saya dapati sangat mencabar. 

“Bagaimana kita ingin hasilkan pakaian lelaki yang tidak membosankan dan tampak bergaya tetapi dalam masa yang sama tidak keterlaluan dan masih mengekalkan ciri-ciri maskulin,” katanya.

No comments:

Post a Comment