Fuh Gempak Player

27 Apr 2014

Rancang prekuel Apokalips X

Percaturan pe­ngarah terkenal Mamat Khalid menghasilkan karya bergenre fantasi, Apokalips X tidak menjadi apabila filem itu kurang mendapat sambutan penonton.
Filem yang ditayangkan sejak 3 April itu hanya mampu mencatat kutipan kira-kira RM 100,000 saja. 
Meskipun kecewa dengan apa yang berlaku, Mamat optimis dan tidak pernah me­nyalahkan penonton. 

Katanya, sebagai pembikin filem dia tidak harus meng­hasilkan karya me­ngikut minat sendiri.
Foto
FARID KAMIL teraju utama Apokalips X.

“Saya akui apa yang berlaku ke atas Apokalips X disebabkan kesilapan sendiri. Saya begitu teruja i­ngin cuba mengetengahkan genre baru kepada penonton tempatan. Sayangnya, ia tidak diterima dengan baik.

“Penonton lebih sukakan filem saya yang santai dan komedi. Ia begitu menghiburkan dan jauh sekali de­ngan genre fantasi yang cuba diketengahkan. Biarpun, di Barat filem genre fantasi diterima baik penonton. 

“Di negara ini, genre baru seperti fantasi masih agak asing dalam kalangan penonton tempatan meskipun industri perfileman Hollywood sudah lama menghasilkan­nya,” katanya. 

Tidak kenal erti putus asa dengan kegagalan filem­nya, Mamat berkata, dia tetap merancang untuk hasilkan filem prekuel Apokalips X yang berkemungkinan jalan cerita dimuatkan nanti lebih menjurus pada kehendak pe­nonton. 

“Saya tak nafikan filem Apokalips X dihasilkan itu kurang difahami penonton berbanding penggiat seni dan orang filem macam saya. Maka, bagi pasaran filem di Malaysia ini sudah pasti genre sebegini kurang diterima. 

“Jadi, sebagai pengarah semestinya saya perlu akur dan lebih memahami kehendak penonton. Apapun, saya sebenarnya selalu mendengar penonton inginkan sesuatu yang baru. Namun, apabila pem­baharuan itu cuba dibawa, ia tak diterima pula. 

“Bagaimanapun, ini cabaran sebagai pengarah filem. Meskipun rugi, saya takkan patah sema­ngat dengan mudah dalam berkarya,” katanya akan memberi perhatian kepada penghasilan filem yang menepati cita rasa penonton. 

Apokalips X yang di­tayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 3 April lalu membariskan pelakon terkenal dan berbakat seperti Farid Kamil, Jehan Miskin, Adam AF, Pekin Ibrahim, Iqram Dinzly, Sarimah Ibrahim, Miera Leyana dan Zoe Tan. 

Diperap agak lama kerana dipadatkan dengan penggunaan teknik Imej Janaan Komputer (CGI), Apokalips X ialah filem ketujuh arahan Mamat ber­sama Astro Shaw selepas Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Kala Malam Bulan Me­ngambang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit dan Amir & Loqman Pergi Ke Laut yang kini menanti tarikh tayangan.

No comments:

Post a Comment