Nibong Tebal: Dua lelaki termasuk bekas banduan baru sahaja dibebaskan dari penjara 18 hari lalu ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti pecah rumah samun dan ragut sekitar daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini, dilaporkan awal bulan ini.
Suspek berusia 26 dan 34 tahun ditahan di sebuah rumah di Bukit Mertajam jam 3 pagi 8 April lalu.
Ketua Polis Daerah SPS Superintendan Shafien Mamat berkata, nilai keseluruhan barang dirampas ketika serbuan ialah RM50,000 termasuk barsang kemas, gajet elektronik dan 34 telefon bimbit disyaki hasil jenayah dilakukan.
Turut dirampas ialah enam botol bom petrol disyaki digunakan dalam aktiviti jenayah.
Turut dirampas ialah enam botol bom petrol disyaki digunakan dalam aktiviti jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment