Sejak lima tahun lalu, hidup Eina Azman, 19, sering dibayangi kontroversi. Satu persatu isu ‘panas’ menjengah dalam kanvas seni si cantik manis ini hingga terasa lelah menepis.
Katanya, cukuplah kerana tidak sanggup lagi berdepan senario kurang menyenangkan itu. Apatah lagi nama baik keluarga turut terheret sama dengan kemelut yang membelenggu diri.
Sebagai anak, Eina akui tidak betah melihat wajah sugul ayah bonda setiap kali cerita negatif mengenainya diperkatakan. Bibirnya tidak putus-putus berdoa, biar 2014 menjadi permulaan baik kerana dia mahu bebas kontroversi.
“Kerjaya dan kehidupan saya terjejas teruk selepas dikaitkan dengan beberapa kontroversi. Dulu saya bersikap emosional dan terlalu berani menegakkan kebenaran. Tindakan itu bagaimanapun memakan diri sendiri apabila ia disalahertikan.

“Belajar dari pengalaman itu, saya kini lebih berhati-hati. Betul atau salah sesuatu isu diperkatakan, berdiam diri adalah cara terbaik,” katanya.
No comments:
Post a Comment