Dalam beberapa filem Hollywood, aksi komputer yang memahami tabiat manusia seperti Eagle Eye pastinya memberi gambaran ringkas bagaimana mesin membaca kelakuan biasa dalam kehidupan seharian.
Meskipun ia hanya dalam bentuk filem, firma penyelidik teknologi, Gartner beranggapan tidak mustahil mesin terbabit boleh direalisasikan hanya dengan penciptaan telefon pintar yang mengambil alih beberapa tugas manusia.
Dalam tempoh tiga tahun akan datang, telefon pintar mampu membaca fikiran manusia termasuk apa yang ingin dibeli dan menganggarkan kelakuan berdasarkan pengetahuan telefon pintar itu sendiri berdasarkan perkomputeran cognizant atau mengetahui.
Perkomputeran cognizant berlaku apabila data yang dimasukkan dalam telefon pintar akan dikaji sebelum membenarkan peranti itu sendiri membuat keputusan bagi si pemakainya.
Perkomputeran cognizant berlaku apabila data yang dimasukkan dalam telefon pintar akan dikaji sebelum membenarkan peranti itu sendiri membuat keputusan bagi si pemakainya.
TELEFON pintar baca fikiran.
Pengarah Penyelidikan Gartner, Nick Ingelbrecht berkata, telefon pintar akan menjadi jauh lebih pintar berbanding si pemakainya pada 2017.
“Contohnya, telefon pintar akan mengejutkan anda lebih awal dari masa yang biasa sekiranya anda mempunyai mesyuarat selepas mengkaji keadaan trafik terkini pada hari tertentu.
“Ataupun, ia akan secara automatik menghantar pesanan kepada semua pihak yang terbabit dalam mesyuarat memaklumkan kelewatan anda,” katanya.
Beliau memaklumkan, kepintaran telefon bergantung kepada penyepaduan maklumat kontekstualnya yang diperoleh daripada kalendar, sensor, lokasi pengguna dan data peribadi.
“Secara asasnya, telefon bimbit berubah menjadi telefon pintar berdasarkan dua perkara iaitu teknologi dan aplikasi,” kata Ingelbrecht.
Katanya, teknologi mengevolusikan ciri seperti kamera, lokasi dan sensor manakala aplikasi pula dihubungkan ke pelbagai fungsi yang mengubah kehidupan dari hari ke hari berdasarkan aktiviti sosial, pengetahuan, hiburan dan produktiviti.
“Apa yang telefon pintar boleh lakukan dengan aplikasi nampak mudah, tetapi mengejutkan apabila ia menjadi semakin baik ditambah pengumpulan data pengguna,” jelas Ingelbrecht.
Selepas mengumpul data pengguna, Ingelbrecht memaklumkan aplikasi akan mengkaji data dan mengaplikasikannya dalam masa sebenar.
“Kita sudah lihat apa yang telefon pintar lakukan secara ringkas seperti mengingatkan tarikh servis kenderaan, senarai aktiviti perlu dilakukan, mengingatkan tarikh lahir seseorang atau respon kepada e-mel,” tambahnya.
Namun menurut Ingelbrecht, ia hanya fasa pertama apabila dalam tempoh tiga tahun, telefon pintar akan mengawal sepenuhnya kehidupan lain berdasarkan perkomputeran cognizant.
“Telefon bimbit akan lebih pintar bukan kerana kepintaran intrinsik, tetapi ia disokong sepenuhnya perkomputeran cloud dan data yang disimpan menjadikan maklumat lebih relevan serta berguna,” katanya.
Beliau berkata, telefon akan menjadi ejen digital rahsia, namun ia hanya berlaku sekiranya pengguna memberikan maklumat yang dimahukan.
“Perkomputeran cognizant berdasarkan empat faktor iaitu Sync Me (hubungkan saya), See Me (lihat saya), Know Me (kaji saya) dan Be Me (jadilah saya),” katanya.
Telefon pintar tewaskan telefon biasa
Dalam pada itu, Gartner turut mengumumkan jualan telefon pintar di seluruh dunia mengatasi jumlah keseluruhan jualan telefon bimbit buat pertama kali melonjak kepada 968 juta unit tahun lalu.
Telefon pintar Samsung menduduki tempat pertama, ekoran kegilaan terhadap peranti sedemikian pada peringkat global.
Jumlah jualan telefon pintar menguasai 53.6 peratus daripada keseluruhan jualan peranti mudah alih, meningkat 42.3 peratus daripada 2012.
Menurut Ketua Analisis Penyelidikan Gartner, Anshul Gupta, jualan telefon pintar bagi seluruh dunia melonjak kepada 282 juta unit dalam suku keempat 2013 dan ia adalah peningkatan sebanyak 36 peratus daripada suku keempat 2012.
“Ia berkata peningkatan jumlah jualan telefon pintar dalam suku berkenaan disebabkan oleh jualan Samsung yang mencatatkan rekod.
“Ekoran itu, Samsung menjadi vendor telefon pintar terbesar di dunia kekal memintas Apple,” katanya.
Sebagai vendor telefon pintar terunggul, Samsung menguasai 29.5 peratus agihan pasaran dalam suku keempat 2013, dan vendor telefon pintar terunggul bagi 2013 secara keseluruhannya, dengan agihan pasaran sebanyak 31 peratus,” katanya.
Gupta berkata, Timur Tengah, Afrika, Asia, Eropah Barat dan Amerika Utara menerajui sebahagian besar pertumbuhan telefon pintar bagi dalam suku keempat 2013.
Bagi sistem operasi (OS) mudah alih pula, Android menjadi platform paling digemari dalam kalangan pengguna Asia Tenggara dengan penguasaan 78.4 peratus diikuti iOS, 15.6 peratus.
OS terbabit mencatatkan pening katan sepanjang tempoh dua tahun terakhir untuk merampas posisi kedudukan telefon pintar.
Tiga OS lain yang popular yang direkodkan termasuk Microsoft (3.2 peratus), BlackBerry (1.9 peratus) dan lain-lain (0.9 peratus).
No comments:
Post a Comment