Fuh Gempak Player

30 Apr 2014

Fara tidak kecoh-kecoh

Cukup berhati-hati dia mengatur bicara saat mahu memperkatakan isu yang satu ini yang nampaknya menarik perhatian ramai pihak.
Isu itu tidak lain tidak bukan berhubung perubahan dirinya yang kini berselendang.

Mungkin hal itu dianggap remeh bagi sesetengah pihak, namun inilah yang unik dan indahnya mengenai kehidupan seorang insan bergelar selebriti apabila setiap perubahan yang dilakukan walaupun membabitkan perkara kecil tetap menjadi tumpuan orang.

Lebih-lebih lagi jika sesuatu isu itu membabitkan individu popular seperti Fara Fauzana Mohd Fadzil, 34, yang masih bertahan dengan rekod selaku penerima anugerah Penyampai Radio Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) dari tahun 2006 hingga 2012 dan Pengacara TV Wanita Popular ABPBH dari 2005 hingga 2012.

Anak jati Petaling Jaya, Selangor yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini saat memenuhi undangan sesi fotografi bersama RAP Isnin lalu, santai mengenakan kemeja lengan panjang warna putih, berseluar denim dan berselendang biru bercorak batik jingga.


No comments:

Post a Comment