Fuh Gempak Player

27 Apr 2014

Kita kalah lagi...

Kuantan: Malaysia memilih laluan sukar di peringkat suku akhir apabila tewas kali kedua dalam aksi peringkat Kumpulan B dalam kejohanan Cabaran Juara-Juara 1, malam tadi.
Selepas ditewaskan Perancis 2-3, kini giliran Korea Selatan mengaibkan anak buah Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dengan kekalahan 1-3 di Stadium Wisma Belia, Kuantan.
Kekalahan ini menyebabkan Malaysia menghuni tempat tercorot Kumpulan B dengan baki satu perlawanan menentang Kanada malam esok.

Jika tewas, kemungkinan besar Malaysia akan bertemu pasukan pilihan, New Zealand yang kini mendahului Kumpulan A di suku akhir pada Rabu nanti.
Foto
PEMAIN Malaysia, Ismail (tengah) dihalang dua pemain Korea Selatan.

Namun Dhaarma masih tetap bersikap positif walaupun kecewa dengan kekalahan kedua itu.

No comments:

Post a Comment