Fuh Gempak Player

10 Apr 2014

‘MAS tetap terbaik’

“Walaupun syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) dikritik hebat ekoran tragedi MH370 namun saya masih menganggap MAS antara peneraju industri penerbangan terbaik di dunia,” kata bekas juruterbang MASkargo warga Australia, Kapten Wayne Parsons, 68.
Dia yang pernah berkhidmat sebagai juruterbang kontrak MASkargo antara 2003 hingga 2005 menyifatkan syarikat itu memiliki mutu perkhidmatan dan pengurusan yang baik.
Dia yang kini bertugas sebagai jurulatih penerbangan di Syarikat Jet Flight Simulator di sini, menyifatkan tragedi yang berlaku itu sebagai ‘luar biasa’ serta sukar dijelaskan punca kejadian.

“Apa sekalipun kritikan ramai pihak di luar sana...MAS masih boleh diyakini kerana mempunyai rekod perkhidmatan paling konsisten dan produk berkualiti tinggi sejak berpuluh tahun lamanya.
Foto
SEORANG anggota Pasukan Bantuan Bencana Jepun melihat papan mesej untuk MH370 di Pangkalan Tentera Udara Subang, semalam.

“Sepanjang bekerja dengan MAskargo, saya berpandangan syarikat penerbangan itu amat bertanggungjawab dari aspek keselamatan dan perkhidmatan pelanggan,” katanya.

No comments:

Post a Comment