Fuh Gempak Player

11 Apr 2014

Negara ada 5,000 bilion meter padu air bawah tanah

KUALA LUMPUR: Malaysia dianggarkan mempunyai kira-kira 5,000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diusik, kata Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff.
Bliau berkata jumlah itu berdasarkan kajian yang pernah dilakukan Agensi 
Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) pada 1982.
"Namun sehingga kini, hanya tiga peratus sahaja daripada sumber itu yang 
digunakan," katanya.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga pernah membuat kajian pada 2011 yang mendapati tujuh peratus atau 64 bilion meter padu air daripada hujan tahunan yang turun akan tersimpan di bawah tanah.

"Sehubungan itu, saya rasa kita perlu mengguna pakai air bawah tanah kita yang mempunyai potensi sangat besar untuk menangani krisis air di beberapa negeri seperti yang sedang dialami sekarang," katanya. 

Abdull Rahim berkata air di bawah tanah adalah selamat untuk digunakan malah 
lebih berkualiti daripada air yang terdapat di atas permukaan. 

"Ia selamat kerana sumbernya adalah daripada air hujan yang diserap ke dalam bumi dan diyakini tidak terdedah kepada faktor encemaran kerana kedalaman punca air bawah tanah yang berada antara 50 meter hingga 100 meter di bawah tanah," katanya. 

Beliau berkata terdapat dua kaedah untuk mendapatkan sumber air bawah tanah iaitu menerusi penggalian telaga tiub lebih 100 meter ke dalam tanah dan telaga 
jejari 'riverbank filtration system' iaitu mengekstrak air di bawah perut 
sungai. 

Kedua-dua cara ini turut lebih kos efektif berbanding kaedah penyahgaraman 
atau proses penukaran air laut kepada air tawar, katanya. 

Beliau berkata, bekalan air bawah tanah turut bersifat konsisten kerana tujuh 
peratus daripada 971 bilion meter padu hujan tahunan akan dikitar semula ke 
dalam tanah. 

Abdull Rahim menyarankan sekiranya sumber air bawah tanah tidak mahu dijadikan sebagai sumber utama air negara, ia boleh dijadikan sebagai rizab air bagi menangani krisis bekalan air pada musim kemarau. 

Sehingga ini, katanya, hanya negeri Kelantan yang didapati menggunakan air bawah tanah dengan melebihi kapasiti 50 peratus. 

Ketua Jabatan Teknikal dan Perancangan Pembangunan Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata pihaknya menggunakan air bawah tanah menerusi kaedah telaga jejari yang setiap telaga mampu menyumbang antara lima hingga 30 juta liter air sehari. 

"Hingga kini hampir 75 peratus penduduk Kelantan yang menerima bekalan air 
bersih mendapatnya daripada air bawah tana

No comments:

Post a Comment