PUTRAJAYA: Seorang penggemar sukan berbasikal maut ketika menyertai kayuhan berbasikal sempena Hari Wilayah Persekutuan, tahun melawat Malaysia dalam kejadian di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Mangsa, Syariful Mazlan Mahsan, 34, dipercayai rebah akibat sesak nafas ketika mengakhiri kayuhan yang bermula dari Putrajaya ke Bukit Jalil menuju ke Putrajaya.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berasal dari Klang meninggal dunia ketika sedang dalam perjalanan ke hospital.
Menurut rakan mangsa, Hafiz Hohpein, 34, yang turut menyertai kayuhan berbasikal itu, dia sempat bersarapan bersama rakannya itu sebelum memulakan kayuhan berbasikal selain rakannya itu tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia menghidap sesak nafas dan sebagainya.

Mangsa cuba diselamatkan oleh rakan yang turut serta dalam kayuhan tersebut.
Jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Turut berada di hospital isteri, ahli keluarga dan rakan.
No comments:
Post a Comment