Fuh Gempak Player

30 Apr 2014

Schmid ‘jurutera’ Harimau Malaya

Kelana Jaya: Selepas beberapa pengarah teknikal ‘datang dan pergi’ tanpa memberi impak besar, akhirnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mempertaruhkan kepakaran penolong jurulatih pasukan kebangsaan Austria, Fritz Schmid untuk mengisi jawatan itu.
Schmid, 55, kelahiran Switzerland yang berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang kejurulatihan sudah menandatangani kontrak tiga tahun sebagai Pengarah Teknikal FAM dan bakal tiba di ibu negara, Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam dan menyatakan rundingan dengan Schmid yang juga tenaga pengajar jurulatih Persatuan Bola Sepak Switzerland, UEFA dan FIFA itu diadakan beberapa bulan lalu.

“Kami sudah mengadakan beberapa perbincangan dengannya sejak dua tiga bulan lalu. Beliau setuju menandatangani kontrak tiga tahun dan akan tiba Jumaat ini. Sebagai pengarah teknikal, beliau bertanggungjawab memantau dan membantu ketua jurulatih (kebangsaan), Harimau Muda A, B dan C serta merencana perancangan pembangunan pemain senior dan remaja,” katanya pada sidang media semalam.
Foto
SCHMID (dua dari kiri) mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang kejurulatihan.

FAM sebelum ini berusaha mencari pengganti Lim Kim Chon yang memutuskan tidak menyambung kontraknya selaku pengarah teknikal pada Jun tahun lalu.

No comments:

Post a Comment