Fuh Gempak Player

23 Apr 2014

Selisih faham pekara biasa

Tiba-tiba saja rumah tangga penyanyi Adam dan isterinya Fiza menjadi buah mulut ramai pihak termasuk media tempatan minggu lalu. Angin bertiup kencang mengatakan Fiza mahu failkan perceraian dan ini mencetuskan tanda soal yang cukup besar terhadap pasangan yang baru berumah tangga tahun lalu.
Lalu ketika diminta komen Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, terus memberi jawapan yang menyejukkan hati.
“Rumah tangga saya masih OK dan kalau ada perselisihan yang timbul pun, itu perkara biasa dalam berumah tangga.

Apa yang boleh saya jelaskan, selepas berkahwin, bapa mentua saya jatuh sakit sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi). Selama sebulan bapa mentua saya terlantar di hospital, Fiza yang menjaganya setiap hari. Sebab itu orang jarang nampak Fiza bersama saya.
Foto

“Saya sebenarnya tak suka nak menjaja cerita rumah tangga saya kepada orang luar malah dalam Islam pun melarang kita berbuat begitu. Sekarang bapa mentua saya sudah keluar dari hospital dan Fiza terus menjaganya. Kepada semua di luar sana usahlah mendengar spekulasi dan doakanlah kebahagiaan kami berdua,” katanya.

No comments:

Post a Comment