Fuh Gempak Player

13 Apr 2014

Transformasi Glam: Aliff sering dihambat kontroversi

Sejak kecil, Aliff Aziz menunjukkan minat dalam bidang seni suara apabila sering menyertai pertandingan nyanyian. Bagaimanapun pada 2007, Aliff nekad menyertai pertandingan realiti Anugerah anjuran MediaCorp ketika usia 16 tahun.
Perjalanan seninya tidak mudah. Dia tersingkir dari pertandingan namun nasib menyebelahinya apabila diserap kembali. 
Peluang kedua itu nyata memberi tuah buatnya. Walaupun menjadi peserta termuda, vokal dan persembahan bertenaga membuatkan Aliff dinobatkan sebagai juara. 

Pada tahun sama, dia menghasilkan album pertama, Aliff dan cuba mempromosi produknya keMalaysia.
Foto

Lagu Sayang-Sayang ciptaan Panji (anggota kumpulan Sofaz) membuka lembaran baru buatnya apabila dikenali di sini dan menjadi artis Sony BMG Music Entertainment.
Untuk rakaman albumnya, Alif menjalani latihan vokal bersama Juliza Adzlizan. 

Aliff kecewa apabila tidak menerima satu sen pun daripada hasil jualan nada dering lagu popularnya Sayang Sayang yang dikatakan berjaya mencatat jualan 1.3 juta muat turun. 

Dirinya mula dihambat kontroversi apabila gambarnya berkucup dengan wanita tersebar di Internet. Mengakui itu adalah gambarnya, dia dengan rendah diri memohon maaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi. 

Dia dikatakan disisihkan keluarga kerana insiden memalukan itu, namun Aliff menafikan khabar angin itu. 

Tidak terhenti di situ, Aliff sekali lagi terpalit kontroversi. Kali ini dengan pelakon seksi, Zarina Anjoulie ‘meroyan’ di laman Twitter mengaitkan nama Aliff didakwa menipunya dan mengatakan menyimpan video rakaman Aliff mabuk. Kali ini Aliff mengambil pendekatan berdiam diri. 

Awal 2012, Aliff dan pelakon comel, Anne Ngasri mula rapat selepas sama-sama berlakon dalam drama Cinta Kita dan merancang untuk berkahwin. 

Hubungan mereka tidak kekal lama apabila Anne berkahwin dengan ahli politik, Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012. 

Aliff juga dikaitkan dengan Adira Suhaimi apabila memakai cincin sama, tetapi masing-masing mengaku berkawan rapat. 

Awal tahun lalu, Aliff dikatakan ‘lalok’ dan sering datang lewat ke lokasi penggambaran dan tidak menjawab panggilan telefon. 

Penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku itu, dihimpit kontroversi baru-baru ini apabila gambar mesranya dengan wanita dikenali sebagai Shazleen tersebar.

No comments:

Post a Comment