Fuh Gempak Player

8 Apr 2014

Umur 18 SPM 8A, Anak Rozita Che Wan Dapat Hadiah BMW X6


Menurut laporan Berita Harian, Anak Che Ta iaitu Ammar ada menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah kereta sport atas kejayaannya mendapat 8A.
Terbaru, Che Ta bakal memunaikan permintaan anaknya itu dan bakal menghadiahkan sebuah BMW X6 yang menjadi keinginan Ammar.
Bagaimanapun, Che Ta meminta Ammar menunggu dan bersabar hingga urusan pembelian kerata untuk dirinya selesai terlebih dahulu.
Ini kerana pelakon jelita itu merancang untuk membeli sebuah kereta baru yang lebih besar bagi kemudahannya untuk membawa mereka sekeluarga kemana-mana.
Wah, beruntung sungguh jadi anak Che Ta. Walaupun baru berumur 18 tahun, Ammar sudah dapat merasa membawa kereta mewah.
Kami yang bekerja bertahun-tahun pun belum tentu dapat merasa mempunyai kenderaan seperti itu. Bayangkanlah bila anak Che Ta memandu kenderaan itu di Universitinya nanti, pasti ramai mata-mata gadis yang terbeliak melihatnya.
Apapun, kami doakan semoga Ammar akan terus cemerlang dalam pelajaran dan tidak mudah hanyut dek kemewahan. Hadiah SPM paling champion tahun ini. Tahniah Ammar!

No comments:

Post a Comment