Fuh Gempak Player

9 Apr 2014

Video Penyamun Samun Masjid Ketika Orang Ramai Sedang Khusyuk Solat

Video Penyamun Samun Masjid Ketika Orang Ramai Sedang Khusyuk Solat Ketika orang ramai sedang khusyuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun telah mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid.
Kejadian yang berlaku jam 1.38 tengah hari semalam di Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali sebagai Masjid Hijau, Bangi ini telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yang terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yang ditinggalkan kakitangan pejabat.
Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini.
Mungkin kakitangan bertugas tak sangka ada individu berhati busuk akan memasuki perkarangan masjid agaknya.
Menurut sumber tertentu, penyamun ini menaiki kereta Proton Saga berwarna emas.
Diharapkan dengan tersebarnya rakaman ini, dia akan dapat diberkas segera.



Facebook
Islam Agama Ku
Media/News/Publishing · 329,868 Likes
Curi waktu orang sembahyang zohor semalam
Pejabat masjid al hasanah ( masjid hijau bangi)
Kalau2 pernah jumpa orang mcm ni , Disyaki naik kereta Saga warna gold.
...
Ustaz zaid rasa org ni pernah datang pejabat dulu mai nak minta bantuan.. bukan melayu, muka je mcm keturunan arab dan ala2 mamak..
Sebar kan untuk jejaki penyamon ni.
See More
Public

No comments:

Post a Comment