Fuh Gempak Player

18 May 2014

Budak lemas dalam baldi

Banting: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh dalam baldi di rumahnya di Taman Pahlawan Telok Panglima Garang, di sini, semalam.
Mangsa, Mohammad Syawal Firdaus Nasir, ditemui ibunya kira-kira jam 4 petang.
Pada mulanya, mangsa dilaporkan bermain sekitar rumah sebelum dilaporkan hilang.

Ahli keluarga mangsa kemudian mencarinya di sekitar kawasan rumah sebelum menemuinya dalam baldi yang terletak di laman rumahnya.
Foto
BAPA menunjukkan bekas simpanan air tempat anaknya terjatuh. FOTO Rosdan Wahid

Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran dan diminta untuk pergi ke Hospital Banting sebelum dirujuk ke Hospital Ampang.

Rawatan lanjut di Hospital Ampang bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa yang kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment