Fuh Gempak Player

21 May 2014

Ecah sedih lagu tak ikut trend

Hanya kerana me­rasakan lagunya tidak mengikut aliran masa kini, ­sebuah stesen radiodikatakan enggan memutarkan karya bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Aishah kepada pendengar.
Aishah atau nama sebenarnya Siti Aishah Bujang mengakui perkara itu menyebabkan dia berputusasa dan tidak mahu meneruskan usaha mempromosi lagu itu. 
Menurut penyanyi berusia 23 tahun itu, single pertama ciptaan sendiri itu berjudul Indah dan bergenre kontemporari jazz.

“Saya menghantar lagu itu kepada orang atasan sebuah stesen radio untuk didengar dan berharap dia memberi respons baik. Bagaimanapun, saya sangat kecewa sebaik diberitahu lagu itu kurang sesuai untuk pendengar stesen radio berkenaan kerana muzik­nya sudah bukan trend sekarang,” katanya.
Foto
Ecah

Katanya lagi, komen negatif itu menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasrat menghantar lagunya ke stesen radio lain kerana hilang keyakinan diri.

“Kejadian itu betul-betul menjatuhkan semangat saya kerana karya itu adalah usaha sendiri sepenuh­nya,” katanya.

Aishah juga mengakui agak sukar baginya menaikkan kariernya dalam industri hiburan tempatan kerana dia tidak bernaung di bawah mana-mana syarikat rakaman.

“Sekarang, saya gerak sendiri dan ingin ada orang menguruskan karier, cuma tidak tahu kriteria yang diperlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, dia kini mahu dikenali sebagai Ecah kerana ramai pe­nyanyi memiliki nama sama dengan­nya.

Mengenai perkembangan kerjaya, penyanyi itu muncul sebagai penyanyi undangan untuk single baru Cat Farish bersama kumpulan Tiga Swagger dan Zizan Razak berjudul Ops! Aku Dah Ter.

Selain itu, Aishah menjadi pengacara program tarian berjudul Ketipan Payung di RTM dan bakal terbabit dalam penggambaran program baru stesen televisyen itu.

No comments:

Post a Comment