Andainya masa boleh diputar kembali, dia juga impikan rumah tangga yang bahagia seperti pasangan lain. Namun, sebagai hamba-Nya yang lemah, dia tidak mampu untuk menolak ketentuan Yang Maha Pencipta.
Ternyata, baru tujuh bulan mengecapi kemanisan berumah tangga dengan penyanyi Adam AF2, pelakon dan penyanyi Fiza Elite, 32, terpaksa reda dengan kehancuran rumah tangga mereka yang baru dibina itu.
Sudah kering air matanya menangisi perpisahan yang tidak dirancang itu. Demi masa depan, Fiza mengakui, dia perlu tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anaknya yang masih kecil.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim berkata, walaupun sudah bercerai, hubungannya dengan Adam masih baik seperti dulu.
Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim berkata, walaupun sudah bercerai, hubungannya dengan Adam masih baik seperti dulu.
“Kami juga masih berhubung dan bertanya khabar perkembangan diri masing-masing. Saya juga sudah meminta maaf kepada keluarga Adam (bekas mentua) atas apa yang berlaku dan berharap mereka dapat menerima saya semula selepas ini.
No comments:
Post a Comment