Fuh Gempak Player

20 May 2014

Fung Wa, Feng Yi tiba Malayssia

Sepang: Pesawat khas jenis Airbus 330-200 MASkargo MH6462 yang membawa pasangan panda gergasi Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) selamat tiba di Kompleks MASkargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.53 pagi tadi.
Pasangan panda itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu, China kira-kira jam 3.40 pagi (waktu tempatan) dengan pesawat khas berkenaan.
Ketibaan pasangan panda berkenaan menerima sambutan meriah termasuk dari beberapa kenamaan iaitu Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel; Duta China Ke Malaysia Dr Huang Huikang; Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo Mohd Yunus Idris dan Presiden Malaysian Zoological Society Datuk Dr Zaharin Md Arif.

Pasangan panda itu di bawa dari Dujiangyang, Chengdu menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda di antara Malaysia dan Republik Rakyat China yang ditandatangani pada tahun 2012.
Foto
SEEKOR daripada dua panda yang sempat dirakam lensa kamera.

Panda berkenaan akan di bawa terus ke Zoo Negara dan dikuarantin terlebih dahulu selama sebulan di sana sebelum dapat ditonton oleh pengunjung akhir Jun ini.

No comments:

Post a Comment