Hari tu Mohd ada cakapkan dia nak buat sidang media namun, tarikh sebenar Mohd Mentor untuk membuat sidang media bagi menjelaskan isu tuduhan merogol masih belum diketahui. Namun, sebaik saja ahli keluarga Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, tampil memberikan komen dengan menyatakan juara Mentor 4 dianiaya artis, nama protege Awie iaitu Keena dalam program Mentor terus dibabitkan.
Keena dan Mohd |
"Tentang artis menganiya Mohd itu bukanlah saya. Saya sendiri dapat tahu kisah ini dengan membaca akhbar. Terus-terang, saya memang berkawan dengan dia dan masih hubungi dia menerusi SMS. Namun, sudah hampir setengah tahun saya tidak berjumpa dengan dia.
"Sejujurnya, saya tidak tahu siapakah artis yang dimaksudkan itu. Apa yang saya tahu, Mohd tidak bersalah dan saya kenal perangai Mohd," katanya kepada murai.com.my.Dalam pada itu, Keena yang kini sedang sibuk mengacarakan sebuah program baru di RTM turut memberitahu ada menerima pesanan dari Mohd terhadap kes yang memalukan dirinya itu.
"Mohd tidak ada bercerita panjang dengan saya tentang kes itu. Namun, selepas dua hari kes ini berlaku dan kecoh, saya ada hubunginya. Dia hanya berpesan kepada diri saya bahawa dia dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan.
"Sebagai kawan, saya mahu semua orang jangan percaya dengan apa yang terjadi. Saya tahu Mohd seorang yang baik. Dia kena fitnah dan ada orang cuba memesongkan fakta yang terjadi," jelasnya.Sementara itu, Keena turut menghadapi masalah apabila dia sering saja diburu seorang lelaki yang sering saja mengekorinya sebaik saja dia tamat penggambaran drama.
"Sebelum saya membuat laporan polis, ada seorang lelaki yang memandu Proton Saga berwarna silver sering saja mengikuti saya. Perkara ini berlaku sejak akhir tahun lalu. Namun, selepas buat laporan polis dan anak buah saya selalu temani saya, ianya sudah tidak berlaku lagi," ujarnya.
No comments:
Post a Comment