Fuh Gempak Player

18 May 2014

Leka sabung ayam, bola golek

Klang: Polis Selangor menumpaskan sindiket perjudian sabung ayam dan bola golek dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di kawasan perumahan Bandar Putera 2, Klang, semalam.
Dalam serbuan berakhir jam 9 malam itu, polis menahan 26 individu termasuk seorang wanita berusia antara 20 dan 60 tahun. 
Jurucakap polis berkata, dalam serbuan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan itu, wang tunai sebanyak RM21,327 turut dirampas. 

Menurutnya, polis juga merampas pelbagai peralatan perjudian termasuk 10 ayam di lokasi serbuan.
Foto

“Ketika serbuan dijalankan, ada di antara individu yang ditahan sedang berjudi sehingga tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment