Kota Tinggi: Seramai 54 warga Indonesia ditahan selepas didapati tidak memiliki dokumen sah dalam serbuan di rumah pekerja Ladang Sungai Papan, Bandar Penawar di sini, awal pagi tadi.
Serbuan jam 1 pagi itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Sarbini Kamari.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor Masri Adul berkata, seramai 103 individu diperiksa dan daripasa jumlah itu 54 warga Indonesia ditahan membabitkan 53 lelaki dan seorang wanita.
Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 15 hingga 51 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit.
Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 15 hingga 51 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit.
ANTARA warga asing yang ditahan Jabatan Imigresen Johor.
"Pemeriksaan dilakukan mendapati mereka tidak mempunyai dokumen sah dan sudah berada di negara ini melebihi tiga tahun,"katanya.
No comments:
Post a Comment