Fuh Gempak Player

19 Apr 2014

Kilang sarung tangan getah hangus

Sepang: Sebuah stor kilang memproses sarung tangan getah terbakar di Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Dalam kejadian di Jalan 3, Kawasan Perusahaan Bandar Baru Salak Tinggi itu, stor berkeluasan 900 meter persegi itu terbakar 80 peratus. 
Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian jam 10.07 pagi sebelum beberapa jentera lain tiba masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Sepang dan Putrajaya. 

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pekerja kilang berjaya keluar dari stor berkenaan sejurus kejadian," katanya.
Foto
FOTO Fariz Iswadi Ismail

Katanya, pihaknya masih menyisat punca kejadian dan operasi memadam kebakaran masih dilakukan terutama bagi menghalang api merebak ke bangunan bersebelahan.
Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati, pasukan bomba dan penyelamat berdepan sedikit kesukaran bagi memadam kebakaran berikutan masih ada letupan kecil berlaku ketika operasi pemadaman dilakukan. 

No comments:

Post a Comment