Nampaknya ‘selfie’ semakin menjadi-jadi. Kecanggihan telefon pintar dengan kualiti kamera bagi sesetengah jenama yang mencapai 41 megapiksel membolehkan pengguna merakamkan wajah sendiri dengan begitu jelas.
Tidak cukup dengan itu, turut menghangatkan lagi fenomena ‘selfie’ ialah kemunculan alat ‘monopod’ khusus untuk kegunaan telefon bimbit diperkenalkan.
Ia sekali gus membantu pengguna merakamkan gambar ‘selfie’ atau istilah penuhnya ‘self-potrait photograph’ dari jarak jauh atau ruang lebih luas (wide angle).
Menerusi persembahan Terindah Anuar Zain sempena Minggu Setiausaha yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya, kelmarin, penghibur dilahirkan dengan nama Shahrul Anuar Zain, 44, itu turut membawa ‘sindrom selfie’ menggunakan monopod di dalam persembahannya.

Melewati setiap meja peminat ketika menyanyikan lagu Teman Terulung, Anuar mengejutkan peminat dengan merakamkan gambar ‘selfie’ bersama penonton dan peminat setia menggunakan telefon pintar miliknya.
No comments:
Post a Comment