Kuala Lumpur: Penyerang import Selangor kelahiran Brazil Paulo Rangel secara terbuka menyatakan minatnya untuk menyarung jersi Harimau Malaya jika diberi peluang.
Dia yang kini muncul penjaring terbanyak Liga Super musim ini dengan 10 gol membuat kenyataan itu menerusi laman sosial Instagram semalam selepas spekulasi mengaitkan dirinya dengan skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee semakin tersebar.
“Selamat tengahari semua. Saya sangat gembira dengan berita ini. Sudah tentu ia satu penghormatan jika saya dapat membantu negara ini yang membuka pintu kepada saya dan keluarga saya. Terima kasih atas sokongan anda semua,” katanya yang menggunakan nama akaun pr9paulorangel.
Kenyataannya itu yang turut dimuat naik dalam sosial Twitter mendapat reaksi positif peminat tempatan yang mengalu-alukan kehadirannya bersama pasukan kebangsaan jika pemain berusia 29 tahun itu bersedia menukar status kewarganegaraan.

Berikutan masalah kemerosotan prestasi pemain kebangsaan khususnya di bahagian serangan, kehadiran Rangel yang pernah bersama kelab Muang Thong ketika menjuarai Liga Thailand pada 2012 dapat membantu biarpun ia dilihat penyelesaian jangka masa pendek.
No comments:
Post a Comment