Walaupun sudah seminggu tayangan, rugi rasanya jika tidak berkongsi pendapat mengenai filem genre aksi fantasi manga pertama arahan Mamat Khalid ini.
Pertama, kerana ia genre baru seumpamanya dalam industri filem tempatan walaupun karya bergenre fantasi pernah dihasilkan sebelum ini.
Kedua, rendisi filem Mamat kali ini serius berbanding filemnya sebelum ini. Malah, ia jauh lebih gelap dari segi bahasa filem, kritikan sosial, penciptaan watak dan perkembangan plot.
Apa yang X pada kiamat versi Mamat Khalid? (Apokalips itu sendiri bermaksud kiamat, wahyu atau ilham dalam bahasa Inggeris, tapi untuk Mamat pastinya ia bercerita mengenai kiamat).

Untuk filem ini, banyak lapisan dimainkan Mamat. Antara paling ketara ialah kritikan pedas pada isupolitik negara, budaya dan sifat kebangsaan.
Itu yang penonton boleh nampak dan baca, belum lagi lapisan kedua dan ketiga yang secara terang mengkritik dengan cara lembut dan halus mengenai sikap sesetengah individu bergelar pemimpin, baik di kedudukan tertinggi negara mahupun di kerusi karyawan.
Setiap karakter mewakili individu ini. Itupun jika penonton dapat kenal pasti setiap karakter bercerita mengenai siapa.
Mamat bermain dengan soalan ‘what if?’ atau ringkasnya bagaimana jika sikap dan sifat ditunjukkan setiap karakter dan kesannya terhadap sekeliling.
Ramai melihat karakter Farid Kamil sebagai Paduka X adalah hero yang cuba mengekalkan keamanan dan Jehan sebagai Kala Jengking pula si penjahat yang cuba menghuru-harakan keadaan.
Namun cuba teliti bait-bait dialog dilontar karakter Sang Pendeta (Pyan Habib) tatkala berbicara pada Paduka X, Kala Jengking dan Sri Gala (Peter Davis).
Antaranya, Sang Pendeta menyuruh Paduka X korbankan diri untuk selamatkan kontrak sosial yang sedia ada selepas kematian Sri Gala di tangan Kala
Jengking.
Mengapa X perlu mati? X berada di liga tersendiri dan perlukan pemimpin lebih kemanusiaan dan ada rasa cinta untuk membina semula bangsa. Di sini, Aman Chai (Adam AF) dilihat sesuai sebagai pengganti, malangnya dia terlalu lemah.
X tidak lagi layak memegang tampuk pemerintahan kerana dia sendiri perlukan suntikan ‘dadah’ untuk kekal waras, begitu juga Kala Jengking.
Percaya atau tidak, Sang Pendeta sebenarnya ‘mastermind’ yang bertanggung jawab membina perjalanan bangsa mereka, walaupun selepas kehancuran tamadun negara dan struktur sosial dipecah lima, Sang Pendeta mesti ada kerana itulah hakikat yang cuba ditonjolkan Mamat mengenai bangsa Melayu (cuba kaji sendiri, apa kelebihan bangsa Melayu?)
Ramai mengerut dahi, kenapa tiba-tiba X ada sayap? Dari mana pula datangnya anjing berkepala dua dan banyak lagi unsur fantasi yang tidak masuk akal.
Kalau diikutkan, banyak yang ingin dikongsikan tapi cukup jika kita andaikan Apokalips X adalah filem parodi gelap yang serius dan mempunyai gaya bahasa berbeza berbanding filemnya sebelum ini.
Satu-satunya kelemahan filem ini ialah apabila terlalu berkarya, ia akan jadikan penonton tempatan bosan lantas memotong ‘mood’ filem untuk hiburan.
INFO
FILEM: Apokalips X
ARAHAN: Mamat Khalid
PELAKON: Farid Kamil, Peter Davis, Jehan Miskin, Iqram Dinzly, Adam AF, Mira Liyana, Zoe Tan dan Pyan Habib
GENRE: Fiksyen sains
TAYANGAN: 3 April 2014

No comments:
Post a Comment