Fuh Gempak Player

10 Apr 2014

Arjun Kapoor cium Alia Bhatt depan peminat

Apa pula hubungan Arjun Kapoor dan Alia Bhatt hingga aktor kacak itu tidak segan mencium gadis itu depan peminat ketika mereka mempromosikan filem 2 States.
Mereka bukan saja bercinta di dalam filem, tetapi menunjukkan kemesraan di luar lokasi. 
Ketika itu Arjun dan Alia sedang mempromosikan filem itu di sebuah kolej dan seluruh pelajar kolej itu menyaksikan aksi spontan Arjun. 

Menurut sumber, keadaan itu jarang berlaku jika mereka tidak ada hati di antara satu sama lain.

Bagaimanapun, aksi sebegitu tidak lagi aneh kepada pelakon muda Bollywood kerana masing-masing bersikap terbuka.

Ke hulu hilir bersama, akhirnya mereka membuat kenyataan hanyalah rakan baik. 
Mungkin ia sekadar gimik untuk melariskan filem terbaru mereka kerana 2 States bakal menjengah pawagam di seluruh India pada 18 April ini.

No comments:

Post a Comment