Fuh Gempak Player

23 Apr 2014

Bekas polis bantuan menyamar polis

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang bekas polis bantuan yang disyaki terbabit dalam kes menyamar polis ketika merompak di hotel dan kediaman di sekitar ibu negara sejak dua bulan lalu.
Penahanan suspek yang juga bekas tentera berusia 29 tahun itu dilakukan hasil maklumat berhubung kes samun di sebuah hotel di Jalan Thambipillay pada 4 April lalu. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menahan suspek termasuk seorang lagi lelaki berusia 54 tahun di Bandar Baru Mahkota bagi membantu siasatan.
Foto
KHAIRI (dua kanan) berbincang dengan pegawainya ketika mempamerkan barangan yang dirampas daripada suspek. FOTO NSTP

"Suspek yang dipercayai bergerak secara berkumpulan itu menyamar sebagai anggota polis dan menggunakan senjata tajam untuk mengugut serta menyamun mangsa.

"Selain merampas beberapa pakaian dan peralatan polis, polis turut menjumpai sembilan komputer riba dan tujuh telefon bimbit disyaki hasil curi," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, pagi ini. 

Menurut beliau, pihaknya sedang mempergiatkan usaha memburu dua lagi rakan suspek termasuk anggota tentera. 

No comments:

Post a Comment