Fuh Gempak Player

23 Apr 2014

Polis sedia hadapi Himpunan 1 Mei

Kuala Lumpur: Polis sudah bersiap sedia mengawal keadaan bagi menghadapi Himpunan 1 Mei di sekitar ibu negara walaupun masih tidak menerima sebarang notis daripada pihak penganjur setakat ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya meminta penganjur mengemukakan notis dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan itu dilakukan seperti yang termaktub mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. 

"Kita memang belum dapat apa-apa notis tetapi bersiap sedia mengawal perhimpunan itu secara aman bagi menjamin ketenteraman awam.

"Tolong beri kerjasama untuk menyerahkannya kepada polis dan mengikut peraturan ditetapkan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Perhimpunan itu dijangka akan dilakukan pada 1 Mei depan di beberapa lokasi sekitar ibu negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. 

No comments:

Post a Comment