Pembayaran kali ketiga itu adalah sebagai pampasan kepada kerajaan negeri berikutan pelaksanaan pelbagai kegiatan pantai dan laut yang dijalankan Petronas di sekitar kawasan Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini yang menjadi lokasi penapisan petroleum oleh syarikat berkenaan.
Cek disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Regas Terminal Sungai Udang Sdn Bhd Norarnizar Ali Amran kepada Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada satu majlis ringkas di Seri Negeri, di sini sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Naim Abu Bakar dan Pengerusi syarikat Yusa' Hassan.

Pada majlis itu, Idris bersama Naim menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Regas Terminal bagi membolehkan syarikat terbabit meneruskan kerja penapisan serta beberapa aktiviti lain di sekitar kawasan pantai Tanjung Kling.
No comments:
Post a Comment