Alor Gajah: Sebuah kilang pembungkusan dan percetakan di sekitar daerah ini kerugian lebih RM100,000 apabila beberapa mesin pencetak dilarikan sekumpulan pencuri, pagi semalam.
Kejadian disedari seorang kakitangan syarikat yang melakukan pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi mendapati lebih 20 mesin pencetak berharga kira-kira RM5,000 setiap satu hilang.
Selain mesin pencetak, sebuah motosikal dipercayai milik syarikat yang diletak di kawasan kilang turut dilarikan.
Selain mesin pencetak, sebuah motosikal dipercayai milik syarikat yang diletak di kawasan kilang turut dilarikan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment