Sempena siaran musim pertama MasterChef Junior US yang dijadualkan ke udara di saluran Star World Astro pada jam 8.45 malam esok, Fox International Channels mengadakan pratonton eksklusif untuk mempromosikan rancangan baru itu.
Dalam majlis baru-baru ini, tetamu menyaksikan pelajar dari Young Chef’s Academy menunjukkan kemahiran memasak menerusi cabaran yang dibahagi kepada dua pusingan.
Untuk cabaran itu, lapan pelajar bertanding untuk bergelar MasterChef of The Night.
Bagi cabaran pertama, pelajar diuji kemahiran teknikal dengan memukul putih telur sehingga terhasil buih pekat dan penghakiman berdasarkan konsistensi dan tekstur adunan.
Bagi cabaran pertama, pelajar diuji kemahiran teknikal dengan memukul putih telur sehingga terhasil buih pekat dan penghakiman berdasarkan konsistensi dan tekstur adunan.
PELAJAR Young Chef’s Academy ketika cabaran memukul putih telur.
Selain menyaksikan cara chef muda itu melakukan kerja, wakil media teruja apabila mereka diberi peluang membantu pelajar terbabit dalam menyediakan hidangan.
Majlis malam itu dimeriahkan lagi dengan demonstrasi memasak oleh Ketua Chef F by BuffaloKitchens, Chef Albert dan hidangan disediakan disajikan kepada tetamu sebelum memulakan pratonton MasterChef Junior US.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran Fox International Channels, Penny Tan berkata, cabaran pelajar dari Young Chef’s Academy membuktikan kanak-kanak mempunyai potensi dalam bidang masakan.
“Malah, kemahiran memasak sesetengah kanak-kanak lebih baik daripada orang dewasa. Faktor umur dan saiz badan cuma nombor saja,” katanya.
Katanya, selepas pratonton program MasterChef Junior US, banyak persediaan perlu dilakukan untuk menyediakan hidangan mudah.
“Program realiti ini menjanjikan persembahan menarik dan penuh dengan kejutan yang pasti menghiburkan peminat rancangan MasterChef.
“Pastinya, penyertaan kanak-kanak dalam program itu akan menarik lebih ramai penonton,” tambahnya.
Musim pertama MasterChef Junior US menyaksikan pengacara dan pemenang anugerah masakanChef Gordon Ramsay, pemilik restoran Chef Joe Bastianich dan Chef Graham Elliot sebagai juri program realiti itu.
Episod pertama pertandingan memasak itu menampilkan 24 kanak-kanak melalui proses uji bakat dan hanya 12 peserta layak dipilih ke bahagian pertama.
Semua peserta terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lapan hingga 13 tahun yang pernah memenangi pelbagai anugerah dalam masakan.
Dalam episod itu, 12 peserta terbabit akan bersaing dalam beberapa siri cabaran antaranya mereka dikehendaki menyediakan kek, memasak daging lembu Wellington dan mengambil alih restoran.
Hanya pesaing terbaik yang paling konsisten dan kreatif akan dinobatkan sebagai Masterchef Junior Amerika Syarikat yang pertama pada akhir program realiti itu.
Saksikan episod pertama MasterChef Junior US di saluran Star World Astro pada jam 8.45 malam esok manakala episod kedua pada 27 April ini.
No comments:
Post a Comment