Tiada wanita yang inginkan rumah tangga dibinanya kecundang di tengah jalan. Begitu juga dengan pelakon jelita Rita Rudaini Mokhtar, 38. Namun, sebagai manusia biasa Rita pasrah dengan ketentuan takdirnya.
Selepas bercerai dengan Aidil Zafuan Abd Radzak, 27, pada 5 September lalu, keutamaan Rita Rudaini kini adalah mendapatkan tuntutan nafkah bagi dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya itu.
Rita kini masih dalam proses tuntutan nafkah dua anaknya daripada Aidil
Zafuan yang juga bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Rita Rudaini Mokhtar
Rita yang ditemui baru-baru ini tenang berkongsi kisah hidupnya.
Tanpa berselindung, Rita berkata, tuntutan nafkah yang dibuat itu adalah hak anak-anaknya. Selagi termampu, dia akan melakukan apa saja bagi memastikan hak anak-anaknya terjamin dan bekas suami bertanggungjawab.
“Sebagai ibu tunggal kepada dua anak, tuntutan nafkah ini penting untuk saya. Apatah lagi, kos sara hidup di kota besar seperti Kuala Lumpur ini agak tinggi. Jadi, wajar tuntutan nafkah ini dibuat untuk anak-anak.
“Ditambah, sekarang pun anak-anak dalam proses membesar. Semestinya, mereka akan ke sekolah dan kini yuran pendidikan pun bukan murah. Begitu juga dengan kos rawatan kesihatan mereka sekiranya sakit.
“Jadi, tuntutan nafkah ini bagi menjamin keperluan anak saya terutama perbelanjaan keperluan mereka. Sebagai ibu, kebajikan mereka sudah pasti menjadi keutamaan saya,” katanya.
Belum terfikir cari pengganti
Mengulas mengenai dirinya untuk mencari ‘pengganti’, Rita berkata, sekarang semua keutamaan lebih menjurus pada anak.
Katanya, buat masa ini hatinya masih tertutup untuk bercinta.
“Segala yang saya lalui ini sangat berat. Jadi, selain karier fokus saya hanya pada anak. Mereka adalah harta yang paling berharga dalam hidup saya dan tiada galang gantinya. Saya gembira bersama mereka.
“Bukanlah serik untuk berumah tangga lagi, tetapi ketika ini anak-anak sudah cukup untuk menjadi penguat semangat kepada saya meneruskan hidup. Saya belum
terfikir untuk berkahwin lagi,” katanya.
Sudah mampu melupakan episod duka hidupnya, Rita berkata, dia juga takkan memutuskan hubungan Aidil dengan anak-anaknya.
Katanya, dia tidak mahu pengalaman dilaluinya turut dialami dua cahaya mata tercinta.
Menurut Rita, cukuplah dia yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah kerana dibesarkan dalam keluarga yang terpisah, namun demi anak-anaknya dia akan pastikan mereka kenal dan sayang pada Aidil.

No comments:
Post a Comment