Fuh Gempak Player

10 Apr 2014

Catuan lagi 3 bulan

Shah Alam: Warga Lembah Klang khususnya di Selangor bakal berdepan catuan bekalan air yang berlarutan sehingga tiga bulan lagi berikutan kapasiti takungan air di empat daripada tujuh empangan di negeri ini masih di tahap membimbangkan apabila bacaan di empangan terbabit masih di bawah paras 55 peratus.
Walaupun operasi pembenihan awan dan catuan bekalan air yang memasuki fasa keempat sudah dilaksanakan sejak bulan lalu, kapasiti takungan di empangan terbabit tidak menunjukkan peningkatan memberangsangkan.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Md Khairi Selamat berkata, kapasiti takungan air di setiap empangan terbabit berupaya mencecah tahap 55 peratus sekiranya faktor cuaca serta kadar taburan hujan yang diterima di kawasan tadahan itu berterusan sehingga tempoh tiga bulan.
“Kebanyakan kawasan yang menerima hujan adalah kawasan hilir sungai dan bukan di kawasan tadahan empangan, faktor ini menyebabkan menyebabkan kapasiti air di semua empangan hanya mencatatkan peningkatan kecil,” katanya pada sidang media mengenai status semasa kapasiti empangan di Selangor bersama LUAS di Bangunan Darul Ehsan, di sini, semalam. Khairi berkata, penyusutan kapasiti takungan air di empangan terbabit disebabkan cuaca panas dan kering selain kurangnya kadar hujan yang diterima oleh kawasan tadahan sejak Januari lalu.

“Keadaan ini di luar kebiasaan corak taburan hujan tahunan yang biasanya berlaku ketika monsun Barat Daya sekitar Mei sehingga September.

“Cuaca panas dan kering yang berlaku lebih awal pada tahun ini juga menyebabkan perbezaan bacaan kapasiti yang ketara pada tahun ini,” katanya.
Foto
MD Khairi menunjukkan carta paras air empangan Sungai Selangor, semalam.


Selain itu, pembenihan awan yang dilakukan sehingga 29 Mac lalu mencatatkan peningkatan kapasiti 0.92 peratus daripada 36.39 kepada 37.31 peratus di Empangan Sungai Selangor manakala Empangan Klang Gates hanya meningkat 3.99 peratus dari 49.9 peratus kepada 53.89 peratus Menurutnya, inisiatif operasi pembenihan awan diteruskan dengan tertumpu kepada kawasan tadahan empangan Sungai Selangor dan Klang Gates serta empangan yang lain sehingga 31 Mei ini tertakluk kepada kesesuaian cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

No comments:

Post a Comment