Fuh Gempak Player

28 Apr 2014

Dayana Roza nafi kejar duit



Kalau diukur sejak kemunculannya dalam program realiti Anak Wayang terbitan Astro pada 2009 hingga kini, sudah enam tahun pelakon Dayana Roza membina nama sebagai anak seni. Namun baru kini namanya mendapat perhatian.
Ia sekali gus membantu­nya melupakan kisah dukanya beberapa tahun lalu apabila terpaksa menganggur selama enam bulan kerana tidak ada tawaran berlakon. Ketika itu, Dayana, 23, mengakui diahanya pasrah pada nasibnya yang sudah jatuh terduduk.
Enggan menuding jari pada orang lain, baginya apa yang berlaku itu adalah silap sendiri dan dia harus berubah. Kini dengan menjadi lebih serius, fokus dan bertanggungjawab pada karier nampaknya ia membuahkan hasil.

Namun meskipun sekarang namanya dalam proses meningkat naik sebagai pelakon berjaya, kisah cintaDayana juga tiada rahsia. Siapa yang tidak tahu, dia kini hanya menjalin kasih dengan pemain bola sepakterkenal.

Jejaka kacak yang berjaya bertakhta di hati Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin itu pastinya kapten pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM), Mohd Muslim Ahmad, 25. Bahkan, sudah setahun pasangan ini bercinta.

No comments:

Post a Comment