Kuantan: Aktiviti memupuk semangat berpasukan tinggi menjadi tumpuan utama ketua jurulatih negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah selepas situasi semakin parah menimpa skuad hoki Malaysia pada kejohanan Cabaran Juara-Juara 1.
Dhaarma membuat tindakan drastik dengan membatalkan sesi latihan malam semalam untuk membolehkan aktiviti berkumpulan dilakukan 18 pemain negara di samping pembabitan seorang pakar psikologi Institut Sukan Negara (ISN).
“Ada yang mendakwa pasukan ini tidak mempunyai semangat berpasukan, ada masalah antara pemain junior dan senior, jurulatih skuad junior melatih skuad utama dan terdapat pemain senior disisihkan hingga ada pemain tidak gembira.
“Bagi saya ini semua tiada dalam fikiran saya, (kekalahan) itu hanya kerana pemain melakukan kesilapan.
“Bagi saya ini semua tiada dalam fikiran saya, (kekalahan) itu hanya kerana pemain melakukan kesilapan.
SKUAD negara jalani latihan ringan di gelanggang tenis Hyatt Regency Resort menjelang perlawanan menentang Kanada, malam ini.
“Orang bercerita mengenai perkara ini namun kami mengambilnya dengan serius kerana ia boleh memberi kesan kepada pasukan. Kami membatalkan sesi latihan dan melakukan aktiviti bersama serta membabitkan pakar psikologi.
No comments:
Post a Comment