Saat namanya berada di puncak, penyanyi popular seberang, Kris Dayanti, 39, atau KD, berdepan situasi paling getir dalam kerjaya seninya apabila hubungan dengan suami, Raul Lemos mencetuskan pelbagai kontroversi berpanjangan.
Ia bagaikan berantai apabila satu-satu kejadian membabitkan penyanyi yang popular dengan lagu Menghitung Hari itu.
Bermula dengan hubungan cintanya dengan Raul, ahli perniagaan berjaya dari Timor Leste dan waktu itu masih bergelar suami orang.
Diikuti perceraiannya dengan komposer terkenal, Anang Nurhermansyah selepas 13 tahun hidup bersama dan dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie dan Azriel Akbar.
Diikuti perceraiannya dengan komposer terkenal, Anang Nurhermansyah selepas 13 tahun hidup bersama dan dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie dan Azriel Akbar.
Kenyataan Aurelie yang disiarkan SCTV menyatakan ibunya curang sewaktu masih bergelar isteri Anang memburukkan reputasi penyanyi digelar Diva Indonesia itu.
No comments:
Post a Comment