Fuh Gempak Player

14 Apr 2014

EMPAT ROCKERS MENCARI DIRI

Berambut panjang, berseluar ketat dan koyak rabak cukup sinonim dengan empat rockers ini. Namun, semua ini sudah berlalu buat Ali M’Pire (bekas pe�nyanyi XPDC dan Terra Rossa), Mel (bekas penyanyi Wings), Nizam (bekas penyanyi Laksamana) dan Izam (bekas pe�nyanyi EYE).
Kini, imej mereka berbeza sama sekali berbanding era kegemila�ngan muzik rock sekitar 1980-an dan 1990-an di mana mereka tampil dengan imej sedemikian yang ranggi dan glamor serta menjadi ikutan ramai.
Mereka mendakwa sudah puas dengan populariti dan hidup dalam glamor. Perjalanan hidup manusia sememangnya sudah ditentukan sejak azali. Tanpa dapat mengagak masa depan, apabila tiba masa dan kehendak Yang Maha Esa segala-galanya pasti berubah. Begitu juga mereka yang kini lebih senang dan selesa dengan imej terbaru ini.
Tidak hairanlah apabila dipelawa untuk menjayakan sesi fotografi bersama RAP baru-baru ini, masing-masing sepakat mengenakan jubah. Tujuan mereka bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sebagai melahirkan kesyukuran dengan fasa baru dalam hidup sekarang.
ALI tampil dengan album kerohanian.
NIZAM labur RM10,000 untuk hasilkan single terbaru.
MEL sibuk dengan ‘talk show’.
IZAM tekad berniaga minyak wangi di Pasar Pudu demi menyara keluarga.

Di antara mereka berempat, hanya Ali masih aktif dalam bidang muzik. Keluar masuk kumpulan XPDC dan kemudiannya menubuhkan M’pire dan sekarang bergerak solo, namanya tetap kekal di persada seni tanah air. Namun berbanding dulu, dia kini lebih selesa dengan lagu yang membawa mesej kebaikan.

“Alhamdulillah rezeki saya masih ada dalam bidang ini. Undangan menyanyi juga tak putus-putus diterima. Selepas Aidilfitri pun sudah ada beberapa undangan yang datang. Memandangkan keadaan industri sekarang, saya juga tak kisah untuk bergerak solo. Kini saya sedang sibuk mempromosi album bercorak kerohanian berjudul Maghfirah Mu.
“Saya gembira kerana setiap hari bertemu rakan baru serta rakan artis yang turut melakukan penghijrahan seperti Nizam, Mel dan Izam. Bukanlah saya nak kata yang lama itu tak baik, tapi semakin lama kita kena buat perkara positif dan berubah ke arah yang lebih baik dalam hidup,” katanya.
Pada Aidilfitri lalu, bapa kepada lima anak ini me�nyambutnya bersama keluarga di Klang. Saban tahun dia beraya di Klang dan mengang�gap suasananya tetap meriah seperti di tempat lain.
“Aidilfitri kali ini membawa kegembiraan tersendiri buat saya. Sepanjang bulan Ramadan, saya bertarawih di Masjid Jalan Masjid India dengan rakan. Aidilfitri kali ini lebih bermakna kerana berlaku penghijrahan ramai kenalan yang baru serta yang membawa kita ke arah kebaikan,” katanya.
Nizam pernah bekerja sebagai pemandu lori
Minatnya dalam bidang nyanyian nyata tidak pernah pudar. Sehubungan itu, Nizam sanggup mengeluarkan modal sendiri dan melabur RM10,000 bagi menghasilkan single terbarunya berjudul Kekasih.
Biarpun lama berehat, penghasilan single ini membuktikan Nizam yang pernah popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta bersama kumpulan Laksamana pada 1991 ini untuk kembali serius dalam industri muzik tanah air.
“Saya berkahwin pada 1995 dan ketika itu industri muzik pula merudum. Jadi, saya ambil keputusan bersara dan bekerja sebagai pemandu lori hantar perabot ke pejabat kerajaan. Ketika itu walaupun minat menyanyi masih ada, tetapi saya simpan dulu dan beri tumpuan kepada keluarga dan rumah tangga,” katanya.
Nizam berkata, dia bersyukur kerana masih kekal bekerja walaupun dalam bidang lain dan kehidupannya pula makin stabil.
“Dengan keadaan sekarang, saya berkeyakinan untuk kembali menyanyi. Saya akur proses untuk rakamkan lagu bukan mudah kerana kosnya agak tinggi. Lagu Kekasih berunsur dakwah ini ciptaan Awang BPR dan lirik oleh saya sendiri. Ia mengisahkan mengenai kewafatan Nabi Muhammad SAW dan mengenai manusia kekal berfoya-foya dan tidak mengingati kematian,” katanya yang akan terus menghasilkan lagu berunsur dakwah sekiranya ada rezeki.
Nizam yang mempunyai empat anak menyambut Aidilfitri di Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur, baru-baru ini dan dia gembira kerana penduduk kampung itu masih mengekalkan aktiviti bertakbir dari rumah ke rumah pada malam raya.
Mel sibuk dengan ‘talk show’
Bekas penyanyi Wings yang popular dengan lagu Semalam Yang Hangat, Lena Diulit Intan dan Ranjang Mawar ketika bersama Wings dulu sudah 15 tahun melakukan penghijrahan.
Mel sudah menghasilkan beberapa album dakwah antaranya Antara Dua Jalan dan Dunia Baru kini bakal menghasilkan album terbaru yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.
“Alhamdulillah saya lega dengan jalan yang dipilih. Kini saya sering dipanggil untuk berkongsi pengalaman berhijrah oleh pelbagai pihak menerusi sesi ‘talk show’.
“Selalunya saya akan masukkan pakej me�nyanyi sekali. Walaupun undangan bukanlah kerap, tapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang ada,” katanya.
Mel yang mempunyai dua anak menyambut Aidilfitri di kampungnya di Teluk Intan, Perak baru-baru ini dan kini kembali sibuk memenuhi unda�ngan untuk program ‘talk show’ kendaliannya.
Izam jual TV cari modal berniaga
Selepas album bersama EYE berjudul Mahkota Impian yang dipasarkan pada 1998 tidak dipromosikan dengan sebaiknya, Izam selaku penyanyi kumpulan itu ‘merajuk’ dan berubah haluan dengan melakukan pelbagai pekerjaan bagi menampung keluarganya.
“Memang keadaan saya sangat susah. Selama lima tahun saya bergelut dan akhirnya pada 2003 saya masuk kumpulan tabligh dengan harapan untuk berubah. Di situ saya dapat ketenangan. Selepas itu, saya terfikir apa nak buat dan berminat nak jual minyak wangi. Saya tanya kawan tabligh dan mereka kata bisnes ini perlukan modal.
“Saya pula memang tak berduit. Akhirnya saya buat keputusan gadai TV 29 inci milik saya dan dapatlah RM1,300 yang dijadikan modal. Saya jual minyak wangi di Pasar Pudu dan cabarannya peminat perhatikan saya, tapi mereka ragu-ragu, tapi saya tekad juga berniaga demi anak-anak,” katanya.
Antara cabaran dilaluinya ialah minyak wangi rampas pe�nguat kuasa, namun dia tidak pernah berputus asa. Menerusi kemahiran mengadunkan resipi minyak wangi sendiri serta sokongan dua isteri, dia akhirnya mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri, E.Y.E Quality Parfumes.
“Sekali lagi, saya berhempas pulas untuk kumpul modal. Alhamdulillah pada bulan Ramadan lalu saya berjaya raih pendapatan RM7,000 dalam tempoh tiga hari. Saya kini kembali terima tawaran menyanyi,” katanya.
Memandangkan memiliki dua isteri, Izam me�ngadakan sistem giliran untuk beraya. Pada Aidilfitri lalu, dia yang mempu�nyai tujuh anak menyam�butnya di rumah isteri pertama di Pahang selepas tahun lalu beraya di rumah isteri kedua di Kedah.




No comments:

Post a Comment