Fuh Gempak Player

14 Apr 2014

Produk Baru: Lensa khas telefoto

Satu syarikat pemula, Olloclip menjadikan lensa khas jenis telefoto untuk telefon pintar sebagai kenyataan yang boleh dicantumkan dengan iPhone atau iPod Touch.
Menariknya, lensa ini boleh disesuaikan untuk mana-mana model iPhone 4 ke atas dengan melekatkannya di belakang telefon. 
Pengguna hanya perlu memindah turun aplikasi khas untuk mengawal lensa terbabit di Apps Store yang dinamakan Olloclip. 

Ia sekali gus memboleh­kan penghasilan foto berkualiti tinggi de­ngan bantuan kawalan seperti menggunakan kamera biasa.
Foto

Lensa ini menawarkan zum optikal dua kali dengan tahap kejelasan yang boleh dibanggakan, malah turut membenarkan pilihan untuk mengaburkan latar belakang.


SPESIFIKASI OLLO TELEPHOTO: 

Harga: Anggaran RM300 
Kesesuaian: iPhone 5/5S atau 4/4S, iPod Touch 
Zum: 2x 
Saiz: 35mm 
Aplikasi: Ollopollo

No comments:

Post a Comment