Fuh Gempak Player

14 Apr 2014

Enam jam kumpul data

Perth: Kapal selam mini Bluefin-21 menamatkan operasi pertamanya untuk menjalankan pemantauan di dasar Lautan Hindi yang belum dipetakan bagi mengesan MH370 apabila mencapai had kedalaman selamannya selepas enam jam.
JACC dalam kenyataannya berkata, kapal selam mini yang dimuatkan dengan sistem sonar dasar laut itu dikerah malam tadi dari kapal pertahanan Australia, Ocean Shield. 
"Selepas menamatkan kira-kira enam jam misinya, Bluefin-21 mencapai had kedalamannya iaitu 4,500 meter dan ciri aspek keselamatannya mengembalikannya ke permukaan air," katanya pagi ini. 

"Data yang dikumpul menerusi misi enam jam itu kini sedang dianalisis," kata JACC.
Foto
BLUEFIN-21 dikerah malam tadi dari kapal Ocean Shield. FOTO AFP

Bluefin-21 dijangka meneruskan operasi pencarian lewat petang hari ini.

Ia mampu mencapai operasi sehingga 16 jam untuk mengumpulkan data dasar laut. 

Sementara itu, sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal meneruskan operasi pencarian hari ini di kawasan pencarian visual seluas 62,063 kilometer persegi.

No comments:

Post a Comment