Fuh Gempak Player

14 Apr 2014

Saingan BMB2 bermula

Selepas menyaksikan episod sesi uji bakat sebelum ini di TV3 yang mempamerkan pelbagai gelagat peserta yang ingin menjadi anak didik program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2), pasti­nya penonton sudah dapat melihat peserta manakah yang bergelar anak didik kepada enam Sifu iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail (FBI), Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus.
Seramai 23 anak didik terdiri daripada seorang peserta solo dan 11 peserta kumpulan dipilih untuk menggamatkan sai­ngan BMB2 kali ini. Setiap Sifu akan mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu daripada Kumpulan A dan satu lagi daripada Kumpulan B. 

Bagi saingan pering­kat pertama, anak didik akan berentap mengikut kumpulan selama empat ming­gu dan anak didik yang mendapat markah terendah akan disingkirkan. Kemudian bagi peringkat kedua, anak didik daripada Kumpulan A dan B yang belum tersingkir akan bertemu untuk bersaing di peringkat separuh akhir. 

Sebelum tiba minggu ter­akhir, hanya lima kumpulan layak berentap di peringkat akhir BMB2 untuk merang­kul gelaran juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.
Foto

Episod pengenalan 12 peserta mula disiarkan pada 11 April lalu jam 9 malam, sebagai pembukaan memperkenalkan enam peserta dengan menyaksikan persembahan lawak mereka selama tiga minit manakala masa dua minit diberikan untuk mempersembahkan nyanyian.

Setiap dua peserta kumpulan mewakili seorang sifu antaranya ialah kumpulan Mmmmm & Ooooo (Afdlin Shauki), Ehah & Taktih (Harun Salim Bachik), Tokan & Gbob (Faizal Ismail), Lampu & 2AZ (Saiful Apek), Kepoh & Jebat (Adlin Aman Ramli) manakala PK & Sumbu (Ebby Yus). 

Antara peserta yang membuka tirai persembahan pengenalan pertama pada malam Jumaat lalu ialah kumpulan Ehah, Mmmmm, Tokan, Lampu, Jebat dan Sumbu. Pada hari Ahad lalu bagi pengenalan kedua pula, enam lagi kumpulan mempersembahkan bakat mereka iaitu kumpulan PK, Jebat, 2AZ, Gbob, Ooooo dan Taktih. 

Program pada malam Ahad lalu turut mengumumkan peserta yang akan bertanding pada Kumpulan A dan Kumpulan B. 

Peserta kumpulan A ialah Ooooo, Tokan, 2AZ, Jebat dan Taktih. Manakala kumpulan B ialah kumpulan Mmmmm, Gbob, Lampu, Kepoh dan Sumbu. 

Berikutan menghormati tragedi MH370, program yang tertangguh ini bakal bersiaran dua kali seminggu pada setiap Jumaat dan Ahad selama empat minggu dan kembali seperti biasa setiap Ahad selepas itu. 

Penangguhan itu sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada anak didik dan Sifu dalam membuat percaturan yang lebih baik. Bagi minggu pertama, semua anak didik beraksi bagi menentukan kedudukan mereka sama ada berada dalam Kumpulan A atau Kumpulan B. 

Sepanjang 16 episod, BMB2 menampilkan Adibah Noor dan Achey sebagai pengacara program. Selain itu, BMB2 turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air, ikon yang cukup berpengalaman dan sememangnya ‘otai’ dalam bidang hiburan iaitu Fauziah Ahmad Daud untuk mengisi kerusi juri pada setiap minggu. 

Dua lagi juri tetap bagi musim ini iaitu AR Badul akan menjadi juri untuk konsert Kumpulan A dan Ahmad Idham juri untuk konsert Kumpulan B. 

Untuk musim kedua ini, format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam yang terdiri daripada kalangan pelajar seni persembahan, wartawan, golongan semi profesional dalam industri sketsa komedi dan nyanyian. 

Sementara itu, penonton berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat semua anak didik BMB2 menerusi KOMIK BMB yang akan disiarkan selama 30 minit pada setiap Ahad, jam 5.30 petang. 

Program ini dihoskan bekas anak didik BMB musim pertama iaitu kumpulan Titan.

No comments:

Post a Comment