Bintang Shakespeare In Love, Gwyneth Paltrow, 42, akhirnya berpisah dengan suaminya, Chris Martin, 37, selepas hampir 11 tahun berkahwin. Pengumuman perpisahan itu dilakukan Gwyneth bersama Chris menerusi laman web vokalis utama kumpulan Coldplay itu.
Pasangan yang berkahwin pada 5 Disember 2003 itu mempunyai dua cahaya mata, Apple Blythe Alison Martin (Apple), 10, dan Moses Bruce Anthony Martin (Moses), 8, memberi alasan sudah lama tidak sehaluan atau mengklasifikasikan perkahwinan mereka sebagai ‘consciously uncoupled’.
Namun manisnya mengenai pasangan ini, selepas mengumumkan perceraian, Gwyneth dan Chris membawa anak-anak bercuti di Bahamas. Ujar Gwyneth mengenai perceraian itu, “Tidak kira apapun yang berlaku dalam perkahwinan kami, saya memilih bapa yang terbaik. Chris begitu baik untuk anak-anak. Kami komited sebagai ibu bapa, kita buat semua keputusan bersama-sama dan kami bersandar antara satu sama lain untuk memberi sokongan seperti biasa.”
Namun bagi Chris Martin, hatinya berasa sangat sedih malah hancur apabila mengumumkan perpisahan dengan Gwyneth, wanita yang begitu dicintainya dan masih mencintainya walaupun pada saat perpisahan itu.
Namun bagi Chris Martin, hatinya berasa sangat sedih malah hancur apabila mengumumkan perpisahan dengan Gwyneth, wanita yang begitu dicintainya dan masih mencintainya walaupun pada saat perpisahan itu.
CHRIS MARTIN umum perceraian dengan Gwyneth Paltrow walaupun masih mencintai pelakon itu.
“Saya tidak akan pernah berhenti mencintainya. Hati saya remuk apabila hal ini terjadi. Namun saya akur kerana ini yang dimahukan Gwyneth kerana ada perkara yang sukar menyatukan kami,” katanya.
Chris menambah, dia ada mencadangkan Gwyneth ke kaunseling dan mereka kembali ke London tetapi akhirnya sudah terlambat. Chris benar-benar percaya bahawa perhubungan itu boleh menjadi baik seperti sedia kala. Keutamaan bagi Chris Martin sekarang adalah untuk memudahkan perceraian itu demi kebaikan anak-anak mereka.
Mengimbas saat manis pasangan ini, pada Oktober 2002, Gwyneth Paltrow bertemu Chris Martin daripada kumpulan rock British Coldplay di belakang pentas tiga minggu selepas kematian bapanya, Bruce Paltrow.
Mereka memilih untuk berkahwin pada 5 Disember, 2003 dalam satu majlis di sebuah hotel di Southern California Gwyneth Paltrow sebelum itu pernah bertunang dengan aktor handalan, Brad Pitt.
Gwyneth yang ketika itu berusia 24 tahun, akhirnya terpaksa menghancurkan hati Brad Pitt dengan memutuskan pertunangan itu kerana tidak sedia untuk berkahwin serta tidak sanggup menerima tekanan daripada hubungan berprofil tinggi.
Namun ia mengajar Gwyneth untuk tidak terlalu membicarakan mengenai kehidupan romantisnya.
Selepas itu, Gwyneth menjalinkan hubungan ‘on-off’ selama tiga tahun dengan pelakon kacak Ben Affleck sehingga bertemu Chris Martin, yang berkongsi minat sama iaitu yoga.
No comments:
Post a Comment