Fuh Gempak Player

14 Apr 2014

Kongsi bahagia pasangan pengantin

Selepas mengadakan majlis persandingan pada Sabtu lalu, pasangan pengantin baru Jul­fekar Ahmad Shah dan Min Yasmin melangsungkan resepsi sebelah pihak lelaki di Dewan N’dah Mahligai, Shah Alam kelmarin.
Resepsi khas itu turut menjemput rakan artis, pihak media dan tetamu VIP untuk berkongsi kebahagiaan pasangan berkenaan selepas empat tahun menyulam cinta. 
Bertemakan warna putih, majlis bermula sekitar jam 8 malam dengan paluan kompang mengiringi pasangan pengantin masuk ke dewan makan. 

Min atau nama sebenar, Nurul Yasmin Abdul Aziz, 26, tampil anggun memperagakan gaun serba putih manakala Julfekar, 49, segak menggayakan sut lengkap berwarna sama.
Foto
MEMPELAI bergambar kenangan dengan tetamu jemputan.

Majlis itu membuka tirai dengan persembahan tarian menarik daripada barisan penari N’dah Mahligai.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan upacara menepung tawar kedua-dua mempelai yang dimulakan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 

Upacara diteruskan de­ngan ibu Min, Junaidah Ayob dan diikuti barisan tetamu penting. 

Antara artis yang hadir Ketua Pegawai Eksekutif MIG, Mejar (K) David Teo bersama isterinya, Jane Lim, Datuk Rosyam Nor, Farah­dhiya, Is WOW, Helen Yap dan Salwa Abd Rahman. 

Usahawan Datuk Alif Syukri juga antara tetamu jemputan termasuk ahli keluarga pengantin perempuan dari Singapura. 

Pada majlis itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan video muzik lagu Julfekar duet bersama Min berjudul Jangan Kau Pergi. 

Pada Jumaat lalu, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya. Julfekar menyerahkan mas kahwin RM1,000 kepada pihak perempuan. 

Sehari selepas mereka bernikah, majlis persandi­ngan diadakan di kediaman keluarga Min di Kota Damansara, Selangor.

No comments:

Post a Comment