Selepas kecundang dalam beberapa kisah cinta, kini tiada lagi cerita membabitkan ‘hati’ yang serius dikongsi pelakon dan pengacara kacak, Fahrin Ahmad.
Pun begitu, Fahrin tetap setia menunggu takdir jodohnya.
Yakin dengan ketentuan Allah SWT, Fahrin akui setiap apa yang diaturkan buatnya pasti memikirkan hikmah tersendiri.
Justeru, hingga kini dia bersyukur dan walaupun masih sendiri, Fahrin tetap gembira.
Justeru, hingga kini dia bersyukur dan walaupun masih sendiri, Fahrin tetap gembira.
FAHRIN tetap yakin dengan jodohnya.
Katanya, Tuhan sudah memberikan dia nikmat kehidupan terbaik, cuma yang kurangnya belum dipertemukan pasangan hidup.
“Soal jodoh saya, memang tak tahu bila akan menjadi kenyataan. Namun, saya tidak pernah berputus asa mengenainya. Walaupun perlu berhadapan dengan media untuk menjawab soalan sama mengenai jodoh ini, saya okay saja.
“Saya akan tetap memberikan jawapan meskipun berulang kali. Bagi saya, sebagai selebriti yang dikenali ramai, saya tidak harus marah dengan apa yang ditanyakan itu, apatah lagi membabitkan jodoh,” katanya.
Menurut Fahrin yang kini muncul dalam drama bersiri Yes Boss! di TV3 di samping Emma Maembong, pada usianya yang mencecah 35 tahun, proses untuk keluar janji temu atau ‘dating’ dengan wanita tidak lagi sesuai.
“Pada usia ini, kalau bercinta pun prosesnya sudah matang. Rasanya, tidak perlu lagi untuk mengatur janji temu. Bahkan, kalau jodoh ada pun mungkin ia membabitkan wanita yang barangkali saya pernah kenal.
“Apapun, saya tak fikir untuk gunakan khidmat keluarga dalam soal mencari jodoh. Apatah lagi, sekarang zaman sudah moden dan rasanya tiada lagi perkahwinan yang perlu diatur keluarga dan saya selesa pilih sendiri.
Tiada ciri-ciri wanita tertentu ditetapkan, Fahrin berkata, dia hanya mahu menjadi ketua keluarga terbaik kepada isteri dan anak-anaknya.
Katanya, apa yang diinginkan ialah di antara dunia dan akhirat itu seiring.
Teruja jadi pengacara Pencetus Ummah 2
Mengulas mengenai perkembangan kariernya, Fahrin berkata, dia sangat teruja apabila mendapat kepercayaan daripada pihak Astro Oasis untuk menjadi salah seorang pengacara Pencetus Ummah 2.
Fahrin yang akan bergandingan dengan penceramah terkenal, Dr Ridhuan Tee Abdullah memaklumkan pada mulanya dia bagaikan tidak percaya dan berasa diri kurang sesuai.
Namun, dia sentiasa yakin dengan hikmah Tuhan.
Kata Fahrin, Allah SWT lebih tahu dengan apa yang sudah diaturkan.
Katanya, sebagai hambanya, dia sepatutnya bersyukur dengan apa yang ditetapkan Allah SWT pada dirinya.
Masih terus aktif berlakon, Fahrin berkata, dia selesa dengan perjalanan kariernya sebagai pelakon dan pengacara.
Katanya, tidak lama lagi dia akan sibuk mengacara program sukan Piala Dunia 2014 di RTM.
No comments:
Post a Comment