Fuh Gempak Player

24 Apr 2014

‘Hati-hati PKBM!’

Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) berdepan dengan tindakan lebih serius selepas audit kedua dijalankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mendapati wujud beberapa kelemahan serius terhadap peruntukan kewangan yang disalurkan pihaknya.
Perkembangan berkenaan didedahkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas unit audit dalaman KBS selesai menjalankan audit dua minggu lalu dan sudah memberikan laporan kepadanya. 
“Unit audit dalaman mendapati akaun PKBM menunjukkan beberapa kelemahan serius dalam pengurusan dana dan buat masa sekarang saya tidak boleh katakan ia membabitkan unsur jenayah. Kami juga belum mahu membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ia masih dalam siasatan KBS,” katanya ketika mengulas mengenai audit dijalankan terhadap PKBM sejak awal tahun ini. 

Khairy berkata, beliau kini menyerahkan kepada Panel Penasihat Sukan (SAP) yang diketuai Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bagi memberikan cadangan kepadanya untuk bertindak berdasarkan laporan audit berkenaan.
Foto
SKUAD lebuh raya giat berlatih bagi menghadapi Le Tour de Langkawi, Februari lalu.

“SAP akan tentukan sama ada ia akan diteruskan ke tahap Pesuruhjaya Sukan atau perlu melangkau ke peringkat lebih tinggi, mereka akan membuat cadangan kepada saya dalam masa terdekat,” katanya.

No comments:

Post a Comment