Sabtu ini bakal melakar satu lagi sejarah buat kumpulan Forteen apabila buat julung kalinya tampil dengan konsert solo mereka.
Pastinya ia juga bakal menepis pelbagai dakwaan mengatakan Izzue Islam, Ariz, One dan Ameer hanya menjual rupa semata-mata, bukan bakat.
Mereka juga akan membuktikan mereka bukan ‘miming’ dalam setiap persembahan seperti diperkatakan orang, sebaliknya menyanyi ‘live’.
Berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur bermula jam 3 petang, konsert dinamakan Kita 20Forteen itu sepatutnya berlangsung pada 28 Mac lalu tetapi ditunda demi menghormati tragedi pesawat MH370.
Berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur bermula jam 3 petang, konsert dinamakan Kita 20Forteen itu sepatutnya berlangsung pada 28 Mac lalu tetapi ditunda demi menghormati tragedi pesawat MH370.
FORTEEN gigih membuat persiapan terakhir demi Kita 20Forteen.
Bagaimanapun, ada hikmah berikutan penangguhan itu kerana ia memberi kelebihan kepada empat anak muda ini untuk membuat persiapan terbaik.
Dengan latihan semakin rancak dilakukan, mereka mengakui sekarang tiada alasan buat mereka tidak tampil bersedia, malah tidak sabar hendak ‘tunjuk taring’ pada konsert itu.
“Ikutkan perasaan, memang sedih juga apabila konsert tidak berlangsung pada tarikh ditetapkan. Apapun, ia secara tidak langsung sebenarnya melegakan kami juga kerana masa yang ada itu dapat digunakan untuk memperbaiki apa yang kurang.
“Kami bukan saja menyanyi secara ‘live’ tetapi juga menari.
“Kami sangat optimis dan yakin untuk memberi persembahan terbaik, cuma bimbang andai ada perkara tidak diingini berlaku saat akhir,” kata Ariz ketika ditemui pada sesi latihan mereka, baru-baru ini.
Katanya, mereka sudah membuat persiapan rapi dan sudah memikirkan pelbagai kemungkinan termasuk penjagaan suara dan kesihatan.
Mereka juga tidak menafikan banyak perkara mencabar yang dihadapi sepanjang latihan berlangsung.
Dengan 100 peratus komitmen mereka dicurahkan demi konsert terbabit, sudah pasti menuntut sepenuh kudrat yang menurut Ameer satu pengalaman berharga.
“Memang banyak benda kami pelajari terutama penjagaan stamina. Banyak yang kami perlu jaga sepanjang latihan iaitu selain senaman, penggunaan suara juga kena berhati-hati selepas Ariz sendiri pernah berhadapan masalah tonsil bengkak akibat banyak berlatih,” katanya.
Begitu juga buat Izzue yang sememangnya paling sibuk akibat terikat jadual nyanyian dan penggambaran, dia bagaimanapun, mengalih fokus penuh buat konsert itu sejak sebulan lalu.
“Saya pula sudah pun mengatur secara rapi jadual lakonan di mana kebanyakan penggambaran yang bercanggah tarikh latihan saya terpaksa ketepikan. Paling-paling pun, saya hanya akan ke set untuk penggambaran yang tidak mengganggu waktu latihan ditetapkan,” katanya.mampu tampil dengan pengurusan terbaik,” katanya.
Bakal berlangsung selama dua jam, menariknya momentum konsert itu juga sudah diatur secara rapi demi memastikan perjalanan sepanjang acara tidak akan memberi ruang buat penonton merasa bosan.
Bakal mempersembahkan 15 lagu, pada konsert berkenaan peminat bakal dipukau dengan kehebatan tarian mereka selain setiap seorang juga akan menakluk pentas sendirian menerusi pilihan masing-masing.
Lebih istimewa, bukan saja menyanyikan lagu sendiri, mereka juga akan menampilkan kejutan istimewa mengimbau lagu lama yang menjadi kegilaan suatu ketika dulu dalam versi serta susunan muzik tersendiri.
Timbalan Presiden KRU Music Bhd dan pengurus projek konsert Kita 20Forteen Jaja Nadzir berkata, demi memastikan konsert itu bakal meninggalkan impak, mereka sudah bersiap dari segi teknikal.
No comments:
Post a Comment